Pernahkah kalian terkena penyakit ini? Penyakit merasakan diri lebih betul dan hebat dari orang lain sehingga minda menolak segala bentuk cadangan, dan idea orang lain. Kemudian menjadikan anda seorang yang layak menghakimi. Sila keluar dari penyakit ini sekarang sebelum terlewat. #muhaza
Minggu ni nasib tak menyebelahi aku. Di mulai dengan paip patah.. Kipas rosak.. Motor jem.. Laptop k.o.. Pinjam handpon orang umah layan fb.. Awalnya marah.. Tapi dah sampai level redha aje dah.. Udah ditulis macam gini #muhaza
Kadang-kadang... aku suka promote kawan kat kawan-kawan lain... kadang.. aku promote depan orang yang aku sedang promote.. risau juga, dia ingat aku nak jual nama dia ke apa.. nampaknya, pasni aku kutuk jela dia depan2 dia.. dah puji pun rasa macam buat dosa pulak. #muhaza
Kadang aku terperasan, ada few orang yang bila aku buka mulut bercakap, dia terus tergelak.. aku terus tanya, aku ada silap cakap ke? Bila aku cuba buat lawak, orang diam pulak... hmm kompius sikit. #muhaza