Bulan 3 Hari Jadi BabyH Masalah Ekonomi dan Mimpi Ngeri Seorang Bapa.

Genap anak sulung aku sambut birthday, 2 hari lepas tu dia terus pandai jalan. Yang penting sekarang dia tak mahu berhenti berjalan.

Masuk bulan ni dah hampir 4 bulan aku tak bekerja dengan orang, kadang-kadang bangun pagi tu, tiba-tiba rasa macam lambat masuk kuliah dan lambat pergi ofis.

Padahal, aku mana ada kerja dah..sekarang sibuk menongkah lautan. Gelak juga aku bila tersedar dari lamunan. Ngeri juga jadi seorang bapa yang tidak bekerja ye?

Masih bernafas, masih melukis untuk dapatkan sedikit duit makan. Setiap hari memikirkan duit untuk hidup, sara isteri dan anak, duit nafkah dan overhead. Mujurlah isteri orang yang memahami yang sang suaminya ini seorang pelayar.


Air bah sedikit mengoncang kapal yang aku kemudi, hilang sedikit kewarasan mengawal anak kapal aku. Di akhiri dengan sedikit pertelingkahan yang menyebabkan keretakkan pada screen tv. Angin semua tu.

Aku pun tak tahu berapa lama aku leh konsisten untuk menulis blog kali ni, ni mungkin blog aku yang ke 30 kot hahaha.


0 comments:

Post a Comment

My Instagram