Hormat, kalau nilai hormat diletak pada duit,rupa paras dan gaya pemakaian.. maka aku adalah orang yang tidak dihormati langsung. Malah, aku takde prinsip ini dalam hidup aku. Kononnya, dengan lebih ilmu, mungkin aku rasa akan dihormati.. Konsep dan hakikatnya sudah betul cuma kondisi atau zamannya tidak tepat. Zaman ini, mana ada orang nak hormat orang kerana ilmu. Yah, zaman ini ilmu sudah murah. Jangan katakan mak bapak, wa'ima guru juga sudah dilayan serupa bangla. Seperti orang mewah mendapat makanan, banyak yang dibuang, banyak yang dibazirkan. Banyak ilmu dalam internet dan google, tapi banyak juga yang dibazirkan jika tidak kenal dan erti menghargai diri dan kepentingan. Teruskanlah meletakkan hormat pada duit, paras dan gaya.. aku teruskan dengan jiwa besi aku ini.. paling tidak, masih mampu cair jika kena gaya untuk dibentuk dari kayu bila dibentuk patah atau habis.. #muhaza
muhaza
Reading
Add Comment
0 comments:
Post a Comment