Nur Muhammad

Al-Fakir Syaikh Yusoff Ismail al-Nabhani dalam kitabnya,
“Al-Anwar al-Muhammadiah”, membawa dalil (yang dikatakan) hadis daripada Rasulullah SAW yang menjelaskan perkara ini.
Disebut satu riwayat ada seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW tentang kewujudan baginda. Rasulullah SAW menjawab:
“Iaitu (sewaktu) Adam AS masih lagi di antara roh dan jasad, dan ketika itu Allah SWT telah mengambil perjanjian (al-mithaq) dariku”.
Nabi SAW menyatakan bahawa baginda adalah makhluk yang paling awal menjadi nabi, tetapi akhir sekali dibangkitkan.
الوا: يا رسول الله صلى الله عليه وسلم: متى وجبت لك النبوة ؟قال: وأدم بين الروح والجسد
Maksudnya; Mereka (Sahabat RA) bertanya Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, bilakah diwajibkan ke atas kamu menjadi Rasul?”, Baginda SAW menjawab: “Iaitu ketika Nabi Adam AS masih lagi di antara roh dan jasad”.
Rasulullah SAW memberitahu Jabir RA sesungguhnya Allah mencipta Nur Nabi Muhammad SAW daripada NurNya sebelum dijadikan makhluk-makhluk lain;
sebelum dijadikan Lauh Mahfuz, Qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, manusia, jin dan sebagainya.
Disebutkan apabila Allah SWT hendak mencipta makhluk, dibahagikan Nur Muhammad kepada empat bahagian.
( 1 / 4 )
1/1.Daripada bahagian pertama dijadikan Qalam,
1/2.daripada bahagian kedua dijadikan Lauh Mahfuz,
1/3.daripada bahagian ketiga dijadikan Arasy
1/4. Kemudian daripada bahagian keempat dibahagi pula kepada empat bahagian lagi;
1/4/4
1/4/1. bahagian pertama dijadikan para malaikat yang memikul Arasy Allah,
1/4/2. bahagian kedua dijadikan Kursi Allah,
1/4/3. bahagian ketiga dijadikan para malaikat yang lain.
Kemudian bahagian yang
1/4/4. keempat dibahagi lagi kepada empat bahagian lain pula;
1/4/4/1. daripada bahagian pertama dijadikan tujuh petala langit,
1/4/4/2. bahagian kedua dijadikan tujuh petala bumi,
1/4/4/3. bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka.
1/4/4/4. Kemudian bahagian yang keempat dibahagi lagi kepada empat bahagian lain pula.
1/4/4/4/1. Bahagian pertama dijadikan cahaya pandangan orang mukmin,
1/4/4/4/2. daripada bahagian kedua dijadikan cahaya hati mereka untuk dapat mengenal Allah,
1/4/4/4/3. daripada bahagian ketiga dijadikan cahaya manusia (nur insani) iaitu tauhid Lailahaillah, Muhammad Rasulllah.
*sekadar untuk pedoman..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram