migrasi kembali ke Ipoh

Ujian paling besar keluarga kami adalah terpaksa berpindah dari Shah Alam ke ipoh. Berbekalkan sebulan gaji.


Rumah baru nak dicari, deposit air api rumah semua nak dibayar.

Pada masa yang sama, keperluan asasi anak isteri perlu dijaga. 

Aku kuat kerana ada isteri yang kuat. 

Jobless, dihentikan kerja dengan gaya paling busuk. Konon2 company dah takde duit, takde kerja. At the same time, company beli kereta baru.

Tapi dalam tempoh ini, aku cuba belajar memaafkan. Memandangkan orang yang membuat onar adalah dalam kalangan keluarga. 

Padahal aku banyak hilang masa sebab membantu keluarganya. But its ok. Aku akan dapat memaafkan.

Untuk terus hidup, awalnya aku terpaksa berniaga tepi jalan. Menjual roti dari kakak bini aku. Patutnya dia la menjual..tapi pemalu. Taman cempaka ipoh tempat kami park. 

Perasaan malu dan risau ada. Takut kene serbu MBI. Alhamdulillah mbi tak kacau. 

Aku add produk baru. Brown sugar milk tea. 
Semasa ni aku dapat tawaran kerja dari faqih. However memandangkan masa ni sale agak baik. Aku teruskan berniaga tepi jalan. 

Next kami dapat tempat di pasar malam. Atas bantuan Isteri aku, kami dapat tapak shidi.

Kami dapat rumah sewa juga. Jadi duit yang ada kami migrasi semua barang shah alam. 
Kemudian aku kerja petron. Jadi no more brown sugar milk tea.
1 bulan 15 hari kerja. Then aku dapat kerja media sosial designer balik.

Itulah ringkasannya. 

0 comments:

Post a Comment

My Instagram