Covid19 menyerang
March 26, 2022COVID19 Menyerang Malaysia pada awal tahun 2020 dan saya menulis hari ini tanggal 27/3/2022. Saya hilang pekerjaan, ekonomi jatuh, ekonomi keluarga pun habis.
Semalam 26/7/2022 anak lelaki Haris memiliki gejala iaitu suhu badan 38> dan mulai demam-demam.
Kami melakukan swab test, saya dikatakan oleh isteri mempunyai garis samar-samar. Saya tidak bergejala. Kami agak tegang sebab saya mahu bantu dia dalam menguruskan hal rumah tangga yang serba serbi tak sempat dicukupkan.
Tapi dia mahu buat semuanya sendiri. Dan ketegangan ini menyebabkan saya berdiam diri. Sebab isteri nak saya kuarantin di bilik. Manakala saya pula risau mengenai pengurusan kerana dalam isi keluarga ini hanya saya yang banyak keluar masuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya.
Wallahualam. Saya cuba diamkan diri kalau itu dia mahu.
0 comments:
Post a Comment