Home
Archive for
April 2017
Jiwa Yang Disakiti
Apa lagi yang boleh aku buat, melainkan belajar terima limitasi penciptaan aku di muka bumi ni. Di beri bakat berimaginasi dan menconteng.. menulis lagu dan menyanyikannya..
Bukan aku tak cuba jadi Jurutera, Ahli Sains dan Pakar Matematik. Bukan Jiwa aku.. Dok mengikut sangat impian orang, sudahnya zalim pada keupayaan diri.
Bagaimana nak jadi pemimpin, kalau tak pernah dipimpin? Bagaimana mahu jadi hebat, kalau mentornya tidak hebat? Bagaimana menjadi abang kalau diajar menjadi adik? Bagaimana mampu menjadi anak, kalau dipaksa menjadi bapa? Macam mana mahu jadi pengikut jika tidak ada yang baik untuk diikutkan?
Untuk anak-anak aku, nanti aku tengok kebolehan korang, aku asah yang mana tumpul. Insyaallah.
#matahati.
Burung Pelik Bernama Kakapo
Burung Kakapo, burung kakak tua paling berat, tidak boleh terbang, menyalak dan berdengung. #matahati
Kenapalah Aku Jadi Designer?
Ikan lampam pun tau tido la muhaza oi.. #matahati
Kartun Melayu adalah Biawak
Kalau anak aku nak belajar melukis nanti, diorang nak kaji subjek.. Aku suruh diorang kaji biawak.. #matahati
Kalau Dah Jodoh...
Aku dan si isteri selalu sangat tercakap serentak, pastu terpandang sesama sendiri.. kemudian tergelak-gelak.. hehehe <3 #matahati Ciema Yazit
Band Kegemaran Datang, Itu Tidak Penting..
Al kisah... maka tersebutlah sebuah kisah(Thoib).. seorang metalhead dah jadi family-man. (Thoib).. Maka diabaikanlah band kegemarannya yang bakal datang (Thoib) hahahaha #matahati 😂😭
Jelak..
Aku pelat, tak bisa bicara seperti kamu, lidahku panjang berpintal-pintal bicara ku melulu selalu terburu, lidahku tebal bagaikan kepala di bantal. #matahati
Buta mata, Pekak Telinga.. Hatinya?
Era aku hari ini adalah era social network. Kesimpulan yang aku boleh buat untuk era ini adalah. Manusia itu pandai membaca, tetapi bercakap macam orang buta huruf. Manusia itu banyak sumber carian ilmu, tetapi lebih suka pada hiburan.
Aku bimbang anak-anak aku nanti buta hatinya, kembali jahil seperti mana nenek moyangnya dulu-dulu.
Kebimbangan ini membuatkan aku rasa susah mahu tidur.
Media Sosial ini akan menjadi sarapan dan makanan anak-anak aku sampai tak makan nasi pun takpe asalkan dapat makan media sosial.. dapat tengok youtube.
Semoga aku temui cara untuk membentuk kalian. #matahati
Kenapa Hatinya Mati?
Bismillah.. Minggu ini aku digoncang Tuhan, apabila si wali terperangkap dalam perbuatan khilafnya sendiri. Buntu aku yang pulang ke desa mahu menyelesaikan masalah, tetapi tidak ada yang serupa pendapat dengan aku melainkan isteri dan keluarganya.
Sungguh berbeza kami ini, pemikiran aku yang lahir dari kalangan mereka tak serupa langsung dengan mereka. Malah berkali-kali aku disakiti walau niat aku ini mahu mencari kata putus dan penyelesaian bagi isu wali yang khilaf.
Aku tidak mengerti kenapa wali ku mahu bermain asap. Mahu melayan kapal berlayar. Apakah yang terbuku dihatinya? Atau hatinya sebenarnya sudah mati?
Sedarah pula seakan tidak ambil endah akan isu ini, seakan bergembira bila wali diperangkap. Benar wali itu bersalah, tetapi tidaklah layak kita mahu membuangnya kerana yang nak dibetulkan bukan perkara betul, tapi kita wajib membetulkan yang salah.
Masing-masing dengan egois masing-masing, sombong dan mementingkan diri.
Bonda pula terus-terusan memburukkan aku pada orang lain, bukan aku sahaja, malah sedarah juga turut terkena sudah jadi tabiat dia menceritakan buruk orang. Sikap ini tidak elok langsung di mata hati aku ini.
Semoga Allah mengaturkan yang baik-baik pengakhiran kami ini. Amin. #muhaza

Isteri & Kasut
Cik Bini kata nak beli kasut dia, aku pun bawa la dia pi aeon. Sekali dia beli 2 pasang.. aku ingat kasut ni jenis cepat rosak ke ape sampai nak beli 2 ketul.. rupa-rupanya dia hadiahkan seketul untuk aku. Aku bukan jenis branded apatah lagi tak kenal dan tak tahu pun benda2 branded ni, dari zaman dinasor lagi aku jenis bundle dan setia pada baju2 yang belum koyak... tapi sape je kat dunia ni tak rasa dihargai bila di beri hadiah.. TQ Cik Bini. #pengubathati #muhaza
Selesaikan Dulu Sebelum Meminta Yang Lain
Bagaimana Sang Pencipta ajarkan aku mencari rezeki. Mudah sahaja dia bagi asbab dan result. Siap 1 kerja, pelanggan puas hati.. Dia tambah 1 lagi job. Yang penting Selesaikan yang didepan mata, yang jauh-jauh tu datang lepas yang dekat-dekat diselesaikan.. aku telan, aku hadam elok-elok. Moga kedepan aku lebih baik. #muhaza
Niat Yang Baik, Perbuatan Salah
Tak semua niat yang baik menang pada perbuatan yang salah. Perbuatan yang baik walau tanpa niat baik kemudian tidak memberi kemudaratan kepada diri dan orang sekeliling terbukti baik.
Niat yang baik tetapi perbuatannya memberi kemudaratan kepada diri dan orang lain macam mana kita nak perakui perkara itu baik. Hati yang mati selalu membenarkan perkara yang salah walau pun jelas salah walau mahu dibelok kemana-mana selekoh pun, tetapi hati tetap mahu menidakkan yang benar..
Semoga kau ketemu jalan dan terbukalah pemikiran disaat masa-masa yang ada ini untuk berfikir sedalam-dalamnya.
Kita semua adalah pendosa, namun tidak ada dosa untuk menebus dosa dan membetulkan yang salah.. apa yang kita nak cari adalah siapa kita sebelum mati, bukannya siapa kita dulu-dulu. Semoga kau bertemu cahaya.. semoga kau kembali asal.. gunalah waktu berehat ini untuk mengimbas kembali yang tertinggal. Induk.. #muhaza

Hati Yang Berat Kerana Orang Tua
Selalu meletakkan diri dalam situasi orang membuatkan aku orang yang bertolak ansur.. membuatkan hati selalu risau.. tapi adakah orang yang aku letakkan diri dalam diri mereka itu, risau dengan diri mereka sendiri, atau mereka sebenarnya tidak peduli diri sendiri dan orang lain yang berada di sekeliling mereka? #muhaza
April 11, 2017 at 10:59AM
April 11, 2017 at 10:59AM
Sosial Network Hak Milik Persendirian
Facebook adalah mini blog, personal thought, apa yang seseorang tulis di sini adalah pandangan peribadi. Sama ada kita nak baca atau scroll aje. Kita nak ambil perhatian atau ignore terserah pada kita sebab kita di beri ruang untuk memilih. Kita tak boleh nak larang individu tertentu di facebook mereka untuk berhenti menulis atau berhenti menyuarakan pendapat, kerana kita merampas hak individu tersebut.. melainkan pendapat itu terlalu teruk, menghasut dan negetif. Melainkan anda di tag kerana si penulis membuka ruang dan bersedia untuk di komen dan dikritik. Kita boleh mengkritik dengan mencadang dan membina. Kita boleh bergurau tetapi tidak menganggu sensitiviti. kenal pasti dan analisa individu yang anda sedang masuk ke dalam personal thought mereka. Adakah dia gila-gila suka bergurau atau perlu di bangun kan semangatnya kerana kekurangannya. Jangan bergurau kasar dan menjatuhkan kalau taknak kita pun dijatuhkan. Jangan mulakan dulu kalau taknak ia berpanjangan. adab kat mana? *slang chinese cakap melayu. #muhaza
April 07, 2017 at 12:01PM
April 07, 2017 at 12:01PM
Biarkan Hujan Itu Luruh
Aku pernah menulis sebuah lirik bertajuk "Biarkan Hujan Itu Luruh." muziknya oleh kajai, last update dijadikan lagu soundtrack untuk filem pendek indie yang aku pun tak tengok. Begini bunyinya..
Rejamkan senyum, yang berselindung; paras mu berhijab, berselisih duka mu; Biar-biarkan hujan itu luruh. Dunia akan gelap, seketika hari; mendung akan runtuh, bercahayalah mentari; Biar-biarkan hujan itu luruh. Berpegang kasih, terlucut tali; tanpa pegangan pastikan jatuh Salah naluri janganlah hati; jiwa-jiwa mu mampu merindu. Lidah lisan madah bertulis melakar citra kata hati bersaksikan pada sendiri kau aku berjanji kesan bukti telah terukir parut luka yang tersembunyi cinta bersemadi sejahtera tercipta..
MAKSUD LAGU NI? Menangislah... semua ini adalah perjalanan hidup...move on... pape pun senyum tu akan datang lepas nangis. :) #muhaza
April 07, 2017 at 12:05AM

Doa Yang Terasa
Walau hari-hari kita baik, tanpa masalah.. Tetapi tetaplah berdoa seperti kita di belasahi masalah.. Kerana rasa ditimpa musibah, terduduk, yang rapuh tak mampu menjadi sandaran, perasaan di buang dipulau oleh dunia, dikhianat dan dijatuhkan... Rasa itu... rasa itu.. itulah rasanya.. adalah rasa sedekat-dekatnya kita dengan berserah diri pada pencipta. #muhaza
April 06, 2017 at 10:00PM
April 06, 2017 at 10:00PM
Gangguan Di Pesta Buku Selangor 2017
Pergi ke Shah Alam Convention Centre (SACC) Official konon nak rikki harga buku sambil bawa babyh jejalan petang.
Baru melangkah pintu masuk di sebelah Bekazon tiba-tiba di sapa oleh salesman. Tanya anak, umur berapa. Aku dan isteri jawab 1 tahun.
BOOM!!! seperti machine gun, mereka menyerang aku bertubi-tubi memperkenalkan sistem pendidikan belajar sambil menonton video yang boleh menyebabkan anak 1-3 tahun membaca dengan pantas.
Aku orang yang selalu meletakkan diri di tempat orang pun, menolak dengan lemah lembut. Sambil dalam hati ( Kalau aku salesman mesti aku tak suka kene marah)
Mereka tak berhenti disitu, mereka menunjukkan TV yang ada rancangan kanak-kanak dan bukunya. Aku menolak lagi dengan lembut (nanti aku cite sebab apa aku menolak).
Mereka masih tak mengalah! mereka keluarkan telefon dengan niat nak tunjuk testimoni kejayaan mereka membuat anak berumur 3 tahun boleh membaca..sambil que member suruh betulkan kerusi... dan dan paksa kami duduk pasang telinga... adui....
kami tolak lagi... mereka mengalah, dan menghulurkan form, incase kami berminat.. maka kami pun melangkah pergi.
Baru 8-9 langkah, tiba-tiba di sapa oleh salesman. Tanya anak, umur berapa. Aku dan isteri jawab 1 tahun. BOOM!!! seperti machine gun, mereka menyerang aku bertubi-tubi memperkenalkan sistem pendidikan belajar sambil menonton video yang boleh menyebabkan anak 1-3 tahun membaca dengan pantas. Kali ni Pak Arab berbahasa melayu.
SEMAK! STRESS... Sekarang aku cerita kenapa aku menolak sebab.. AKU DATANG PESTA BUKU SELANGOR 2017 nak tengok BUKU... BUKU..BUKU!!! AKU NAK TENGOK BUKU!
Anak aku ni baru setahun jagung belum boleh diberi buku just nak bawak dia jejalan. Dan untuk pendidikan anak.. aku tak berminat nak kerah perah anak aku bila belum sampai masa untuk di kerah dan diperah otaknya. Kesian kat dia dia masih baby.
Jadi bagi aku biarkan dia bermain, berboboiboy, berupin-ipin. Biarkan dia fun dengan hidup dia. Please la, aku taknak anak aku ni sok masuk sekolah dia dah bosan sebab dia dah over belajar dan pandai dari kawan-kawan dia. Biarkan dia menjerit ABC dan Menyanyi bersama-sama kawan-kawan.
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini. Camtulah ceritanya hari ni... #muhaza

BAK KATA ORANG LAMA

Subscribe to:
Comments
(
Atom
)