Jiwa Yang Disakiti


Apa lagi yang boleh aku buat, melainkan belajar terima limitasi penciptaan aku di muka bumi ni. Di beri bakat berimaginasi dan menconteng.. menulis lagu dan menyanyikannya..

Bukan aku tak cuba jadi Jurutera, Ahli Sains dan Pakar Matematik. Bukan Jiwa aku.. Dok mengikut sangat impian orang, sudahnya zalim pada keupayaan diri.

Bagaimana nak jadi pemimpin, kalau tak pernah dipimpin? Bagaimana mahu jadi hebat, kalau mentornya tidak hebat? Bagaimana menjadi abang kalau diajar menjadi adik? Bagaimana mampu menjadi anak, kalau dipaksa menjadi bapa? Macam mana mahu jadi pengikut jika tidak ada yang baik untuk diikutkan?

Untuk anak-anak aku, nanti aku tengok kebolehan korang, aku asah yang mana tumpul. Insyaallah.


#matahati.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram