Bismillah.. Minggu ini aku digoncang Tuhan, apabila si wali terperangkap dalam perbuatan khilafnya sendiri. Buntu aku yang pulang ke desa mahu menyelesaikan masalah, tetapi tidak ada yang serupa pendapat dengan aku melainkan isteri dan keluarganya.
Sungguh berbeza kami ini, pemikiran aku yang lahir dari kalangan mereka tak serupa langsung dengan mereka. Malah berkali-kali aku disakiti walau niat aku ini mahu mencari kata putus dan penyelesaian bagi isu wali yang khilaf.
Aku tidak mengerti kenapa wali ku mahu bermain asap. Mahu melayan kapal berlayar. Apakah yang terbuku dihatinya? Atau hatinya sebenarnya sudah mati?
Sedarah pula seakan tidak ambil endah akan isu ini, seakan bergembira bila wali diperangkap. Benar wali itu bersalah, tetapi tidaklah layak kita mahu membuangnya kerana yang nak dibetulkan bukan perkara betul, tapi kita wajib membetulkan yang salah.
Masing-masing dengan egois masing-masing, sombong dan mementingkan diri.
Bonda pula terus-terusan memburukkan aku pada orang lain, bukan aku sahaja, malah sedarah juga turut terkena sudah jadi tabiat dia menceritakan buruk orang. Sikap ini tidak elok langsung di mata hati aku ini.
Semoga Allah mengaturkan yang baik-baik pengakhiran kami ini. Amin. #muhaza
Reading
Add Comment
0 comments:
Post a Comment