Niat Yang Baik, Perbuatan Salah

Tak semua niat yang baik menang pada perbuatan yang salah. Perbuatan yang baik walau tanpa niat baik kemudian tidak memberi kemudaratan kepada diri dan orang sekeliling terbukti baik.

Niat yang baik tetapi perbuatannya memberi kemudaratan kepada diri dan orang lain macam mana kita nak perakui perkara itu baik. Hati yang mati selalu membenarkan perkara yang salah walau pun jelas salah walau mahu dibelok kemana-mana selekoh pun, tetapi hati tetap mahu menidakkan yang benar..

Semoga kau ketemu jalan dan terbukalah pemikiran disaat masa-masa yang ada ini untuk berfikir sedalam-dalamnya.

Kita semua adalah pendosa, namun tidak ada dosa untuk menebus dosa dan membetulkan yang salah.. apa yang kita nak cari adalah siapa kita sebelum mati, bukannya siapa kita dulu-dulu. Semoga kau bertemu cahaya.. semoga kau kembali asal.. gunalah waktu berehat ini untuk mengimbas kembali yang tertinggal. Induk.. #muhaza

0 comments:

Post a Comment

My Instagram