Gangguan Di Pesta Buku Selangor 2017

Pergi ke Shah Alam Convention Centre (SACC) Official konon nak rikki harga buku sambil bawa babyh jejalan petang.

Baru melangkah pintu masuk di sebelah Bekazon tiba-tiba di sapa oleh salesman. Tanya anak, umur berapa. Aku dan isteri jawab 1 tahun.

BOOM!!! seperti machine gun, mereka menyerang aku bertubi-tubi memperkenalkan sistem pendidikan belajar sambil menonton video yang boleh menyebabkan anak 1-3 tahun membaca dengan pantas.

Aku orang yang selalu meletakkan diri di tempat orang pun, menolak dengan lemah lembut. Sambil dalam hati ( Kalau aku salesman mesti aku tak suka kene marah)

Mereka tak berhenti disitu, mereka menunjukkan TV yang ada rancangan kanak-kanak dan bukunya. Aku menolak lagi dengan lembut (nanti aku cite sebab apa aku menolak).

Mereka masih tak mengalah! mereka keluarkan telefon dengan niat nak tunjuk testimoni kejayaan mereka membuat anak berumur 3 tahun boleh membaca..sambil que member suruh betulkan kerusi... dan dan paksa kami duduk pasang telinga... adui....

kami tolak lagi... mereka mengalah, dan menghulurkan form, incase kami berminat.. maka kami pun melangkah pergi.

Baru 8-9 langkah, tiba-tiba di sapa oleh salesman. Tanya anak, umur berapa. Aku dan isteri jawab 1 tahun. BOOM!!! seperti machine gun, mereka menyerang aku bertubi-tubi memperkenalkan sistem pendidikan belajar sambil menonton video yang boleh menyebabkan anak 1-3 tahun membaca dengan pantas. Kali ni Pak Arab berbahasa melayu.

SEMAK! STRESS... Sekarang aku cerita kenapa aku menolak sebab.. AKU DATANG PESTA BUKU SELANGOR 2017 nak tengok BUKU... BUKU..BUKU!!! AKU NAK TENGOK BUKU!

Anak aku ni baru setahun jagung belum boleh diberi buku just nak bawak dia jejalan. Dan untuk pendidikan anak.. aku tak berminat nak kerah perah anak aku bila belum sampai masa untuk di kerah dan diperah otaknya. Kesian kat dia dia masih baby.

Jadi bagi aku biarkan dia bermain, berboboiboy, berupin-ipin. Biarkan dia fun dengan hidup dia. Please la, aku taknak anak aku ni sok masuk sekolah dia dah bosan sebab dia dah over belajar dan pandai dari kawan-kawan dia. Biarkan dia menjerit ABC dan Menyanyi bersama-sama kawan-kawan.

BAK KATA ORANG LAMA


Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini. Camtulah ceritanya hari ni... #muhaza

0 comments:

Post a Comment

My Instagram