Sosial Network Hak Milik Persendirian

Facebook adalah mini blog, personal thought, apa yang seseorang tulis di sini adalah pandangan peribadi. Sama ada kita nak baca atau scroll aje. Kita nak ambil perhatian atau ignore terserah pada kita sebab kita di beri ruang untuk memilih. Kita tak boleh nak larang individu tertentu di facebook mereka untuk berhenti menulis atau berhenti menyuarakan pendapat, kerana kita merampas hak individu tersebut.. melainkan pendapat itu terlalu teruk, menghasut dan negetif. Melainkan anda di tag kerana si penulis membuka ruang dan bersedia untuk di komen dan dikritik. Kita boleh mengkritik dengan mencadang dan membina. Kita boleh bergurau tetapi tidak menganggu sensitiviti. kenal pasti dan analisa individu yang anda sedang masuk ke dalam personal thought mereka. Adakah dia gila-gila suka bergurau atau perlu di bangun kan semangatnya kerana kekurangannya. Jangan bergurau kasar dan menjatuhkan kalau taknak kita pun dijatuhkan. Jangan mulakan dulu kalau taknak ia berpanjangan. adab kat mana? *slang chinese cakap melayu. #muhaza

April 07, 2017 at 12:01PM

0 comments:

Post a Comment

My Instagram